Isnin, 16 November 2009

hey..entah ler...

( Lawak dari lawak jenaka Com.)

Di sebuah sekolah rendah Kg Melaka seorang guru
sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar, dia
tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan
kemudian
Gosok dekat kepala.
Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu,
satu hari dia tanya.
Guru: Atan! datang depan sini.
Atan: saya datang cikgu.
Guru: tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah
tapak tangan
kemudian sapu dekat kepala awak, mengapa awak buat
macam tu?
Atan: saya tak faham matematik cikgu !! saya buat macam
ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.
Guru: siapa yang ajar Atan macam tu?
Atan: emak saya, cikgu.
Guru: apa yang emak cakap?
Atan: cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak
saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan
Ayah saya......
"KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH
TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!"
Guru: ????????????


mohon izin dari lawak jenaka com.

Khamis, 12 November 2009

Ayat Kursi



FADHILAT AYAT KURSI

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya".

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala Nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan pengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

(Dipetik dari Blog Zai).





Rabu, 4 November 2009

Lidah selalu tergigit.

Lagu untuk panduan bagi mereka yang berumahtangga. Dan kepada bapa mertua yang gilakan harta dunia. Semoga lagu ini jadi ingatan kepada kita semua: