Khamis, 18 Jun 2009

terkulai layu

layu dan kering


inginku nyatakan
padanya
tapi lidahku kelu,

inginku coretkan
dengan tinta kasih
tapi jejariku kaku,

ku tahu akan diriku
bak kuntum bunga yang layu
terkulai dek seekor kumbang
kini hilang entah ke mana.

kau harapan baruku
tapi kini
kau menjauhi
saolah-olah kau membenciku.

beginilah
suratanku
layu sebelum kembang
gugur sebelum mewangi.



rondo ayu (ro-ay).
20.06.2009.


Ahad, 14 Jun 2009

masih berbungakah hatimu?

masih berbungakah hati-hati wanita atau jejaka yang dinafikan cinta mereka @ yang dikecewakan oleh pasangannya ? ro-ay masih ragu-ragu lagi. setidaknya untuk masa ini.



Sabtu, 13 Jun 2009

tahniah kawan-kawan.....

sekadar hiasan

semalam dan hari ini, Ahad 14 Jun 2009 adalah hari yang banyak menjadi sejarah bagi pengantin yang dinikahkan. tidak terkecuali rakan-rakanku, ramai diantara mereka dinikahkan dalam tempoh cuti sekolah...ro-ay (rondo-ayu) ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka. semoga hidup mereka berbahagia....diharap janganlah jadi macam ayu... bersedih di malam pertama, yang sepatutnya bahagia, menjadi duka nestapa sepanjang hidup hingga kini.

: dari- rondo-ayu (ro-ay)

Rabu, 10 Jun 2009

kelohanku

aku tak ingin bersendirian (skadar hiasan)

ku ditinggalkan tanpa kata-kata. entah apa sebabnya tidak ku ketahui dan tidak pula diberitau. hingga kini aku masih tidak mengerti, dia masih tidak menghubungi aku atau menyatakan sesuatu. hatiku bingung dan gusar. aku anggap semuanya sudah berakhir kalau dikira syarat semasa aku disatukan. apakah dosaku.....?apakah salahku....aku ditinggalkan tanpa disentuh atau dikasihi sebagai apa yang orang katakan "malam pertama".
aku pasrah...kini....aaku serah pada yang maha Esa...untuk segala-galanya.....

Selasa, 9 Jun 2009

ku bersendirian untuk sekian lama.ingin mencari teman untuk berbicara. jangan salah sangka.ku hanya insan biasa.seperti kau juga,aku tak ingin bersendirian di dunia ini.
sekian untuk kali ini. Jumpa lagi Insaallah.