Khamis, 18 Jun 2009

terkulai layu

layu dan kering


inginku nyatakan
padanya
tapi lidahku kelu,

inginku coretkan
dengan tinta kasih
tapi jejariku kaku,

ku tahu akan diriku
bak kuntum bunga yang layu
terkulai dek seekor kumbang
kini hilang entah ke mana.

kau harapan baruku
tapi kini
kau menjauhi
saolah-olah kau membenciku.

beginilah
suratanku
layu sebelum kembang
gugur sebelum mewangi.



rondo ayu (ro-ay).
20.06.2009.


8 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. ro-ay,

    usah kau asyik meratap nasib malang yg menimpamu, pandanglah masa depan dgn penuh keazaman dan sangka baik dgn ketentuan Ilahi, kehidupan perlu diteruskan dan mulakanlah langkah baru dgn lafaz bismillah.....!

    BalasPadam
  3. Ro-ay:
    jangan kau tangisi yang telah berlalu, lupakan saja kisah pahit yang menimpa dirimu.ia pasti ada hikmahnya.jangan kau harapkan pada yang belum tentu.bermunajatlah pada yang maha Esa, agar kau menemui apa yang kau hajati. AAAmminnnn.

    BalasPadam
  4. ro-ay:
    anggaplah ini sebagai pengajaran buat anda,jangan terlalu percaya dgn rayuan lelaki,mungkin anda lemas dgn pujuk rayunya. bagaimana pun tak semua lelaki seperti itu, ada lelaki yg baik. dan ada juga lelaki yg di kecewakan oleh wanita.

    BalasPadam
  5. yang lepas jangan dikenang.....hari mendatang lalui dengan berhati-hati...kerana andai kita lalai dan mudah dipujuk rayu nnti kita akan terjerat dengan kata-kata yang manis madu tetap pahitnya lebih dari hempedu...

    BalasPadam
  6. semoga pengalaman lepas menjadi pedoman pada rondoAyu. andai tiada yang sudi...ku sudi menerima mu seadanya...begitu jua kau...terhadap aku.

    BalasPadam
  7. Salam rondo ayu,

    Puisi yang menarik dan begitu menyedihkan. Jangan sedih-sedih hidup mesti diteruskan.

    BalasPadam