Isnin, 31 Ogos 2009

Ke arah persediaan Hari Raya.

Hari ini 1hb. September 2009, hari ke 11 kita berpuasa. Bermakna semakin hampir kita menyambut Hari Raya Aidfitri.
Sebenarnya, persiapan untuk hariraya telah pun dibuat lebih awal dari persiapan menyambut bulan Ramadhan. Pakaian baru untuk ahli keluarga terutamanya anak-anak telah pun siap dibeli atau ditempah dua atau tiga bulan yang lepas. Itu bagi mereka yang ada anak atau keluarga, tetapi bagi mereka yang tidak ada keluarga, hanya cukup dengan membeli pakaian yang pasangsiap, atau pakaian lama yang masih boleh digunakan lagi.
Kuih muih untuk hariraya bagi mereka yang bekerja dan tidak mempunyai masa kebanyakannya dari jenis "kuih tunjuk" .

Bagi Ayu, tiada kuih istemewa yang akan ayu sajikan, kalau ada orang yang sudi datang ke rumah ayu, ayu akan sajikan goreng tempeh dicecah dengan sambal kicap, goreng ubi, getok ubi, jemput-jemput pisang, atau jemput-jemput bawang dan bilis. Kadangkala ayu buat juga kuih yang dipanggil kuih nogo sari. Itulah sahaja yang mampu ayu sajikan.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Berbuka puasa di hari pertama.



Alhamdulillah, hari pertama telah pun lepas, tadi ayu berbuka puasa dengan ibu ayu yang dah tua. Walaubagaimana pun, ayu rasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyampurnakan puasa dan dapat berbuka dengan ibu yang dah tua dan uzur. Berharap situasi ini berpanjangan.
Juadah berbuka hanya ala kadar sahaja. Maklumlah hanya dua orang saja, tidaklah banyak kerenahnya. Tidak seperti famili-famili lain yang mempunyai ramai famili. Memang seronok kalau macam itu, tapi apakan daya. Segala-galanya adalah di atas kehendakNya. Dan ia pasti ada hikmahnya.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat berpuasa.

Masa entri ini ditulis, ayu baru balik dari masjid kerana mengerjakan solat terawih. Ayu cerita ni bukanlah hendak tunjuk, hanya sekadar hendak buat ibadah lebih dari tahun lepas.

Tahun lepas, ayu tidak banyak buat solat ini, kerana sibuk kerja cari duit raya. Kadang-kadang kerja sampai malam, maklumlah ayu kan single dan pada hari raya ni kenalah cari duit sendiri. Hendak harapkan ibu, kesian dia dah tua dan uzur. Jadi semuanya kenalah cari sendiri. Lainlah kalau ada suami, senang sikit. Boleh sama-sama cari nafkah.

Ok lah kawan-kawan. Dikesempatan ini ayu mengucapkan selamat berpuas, semoga puasa kita diterima oleh Allah swt. Ayu juga minta maaf pad you all.

Semoga puasa kita di terima oleh Allah swt.

Selasa, 18 Ogos 2009

sudah lama tak jumpa.


Sekadar hiasan -image dar inter-pix com (googles)

Memang dah lama tidak menulis entri. Terakhir ialah 6 julai 2009. Tak tau kenapa. Kata orang, tak ada mood. Sejak akhir-akhir ni, hati ni terasa rindu yang amat sangat terhadap seseorang. tetapi tak tau siapa dia.

Di- kala malam sepi dan bersendirian, ayu jelajahi blog rakan-rakan yang ada. Followers pun tak ramai. Jadi blog ayu pun tak ramai yang berkunjung. Tak apalah, siapalah ayu ni ya, ayu hanya seorang ibu tunggal yang tidak berpelajaran.

Dari satu blog ke satu blog ayu jelajahi. Terutamanya blog dari kaum sejenis. Seperti Tuya, Neezareef, Dee, Eiza, dan banyak lagi. Begitu juga blog dari jejaka-jejaka seperti Dino, Distortion, dan ramai lagi.

Baik lah, mungkin kita jumpa lagi setelah kita berpuasa. Selamat berpuasa semua.
(Bilakah hati yang terluka ini akan sembuh.)