Sabtu, 22 Ogos 2009

Berbuka puasa di hari pertama.



Alhamdulillah, hari pertama telah pun lepas, tadi ayu berbuka puasa dengan ibu ayu yang dah tua. Walaubagaimana pun, ayu rasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyampurnakan puasa dan dapat berbuka dengan ibu yang dah tua dan uzur. Berharap situasi ini berpanjangan.
Juadah berbuka hanya ala kadar sahaja. Maklumlah hanya dua orang saja, tidaklah banyak kerenahnya. Tidak seperti famili-famili lain yang mempunyai ramai famili. Memang seronok kalau macam itu, tapi apakan daya. Segala-galanya adalah di atas kehendakNya. Dan ia pasti ada hikmahnya.

6 ulasan:

  1. berpuasa adalah untuk mendidik kita bersederhana trutama sekali semasa brbuka... apepun juadahnya kita tetap bertuah kerana ada makanan utk dijamah... mungkin ada simiskin yg tidak menjamah apa2... bersyukurlah dn tabah selalu.

    BalasPadam
  2. Sesungguhnya kata-kata Teja menyuntik semangat untuk lebih tabah. Justeru Allah menguntukkan bulan puasa sebagai salah satu bulan untuk memuhasabah diri sendiri. Setakat mana tahap keimanan kita terhadap maha pencipta. Terima kasih Teja.

    BalasPadam
  3. Tema kasih Faizah Haris kerana sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ni. Ok. dtg lagi.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana sudi beri ulasan di blog saya. Sebenarnya ada satu istilah yang digunakan berkaitan dadah sepertimana yang dinyatakan itu . istilah tersebut ialah SPIDER. InsyaAllah saya akan keluarkan di dalam blog saya. Selamat Hari Kebangsaan Ke 52

    BalasPadam
  5. Salam ramadan dan selamat berpuasa..maaf rasenya dah terlewat mengucapkannya..akak berdua..eiza pulak bertiga sahaja..moga kita lebih bersyukur dgn ape yg kita ada..kim slm dekat mak akak yerk..

    BalasPadam