Khamis, 15 Oktober 2009

Sekali sekala:

bangunan dimana kedai kfc

Sekali sekala memang terasa enak bila pada suatu malam saya tiga beranak
menikmati makanan segera "kfc" di sebuah kedai di bandar berhampiran dengan
kampung. Peluang ini memang tidak pernah saya impikan.
Setelah dipelawa oleh saudara saya, tanpa segan dan silu saya menerimanya dengan
hati yang gembira. Maklumlah baru ini saya dapat masuk ke dalam
kedai tersebut. Begitu juga dengan ibu saya yang sudah tua dan tak larat. Walaupun agak terketar-ketar tapi dia gagahkan juga untuk pergi. Maklumlah pergi ke kedai itu dengan menaiki kereta, tentulah tidak menjadi halangan.



Saya dan ibu makan dengan tenang walaupun di dalam hati terasa macam nak makan seperti di rumah sendiri. Semua meja di dalam kedai itu penuh dengan pelanggan. Dan 70 peratus darinya adalah bangsa kita. Ayu rasa pelik kerana pada suatu ketika dahulu Ayu ada terbaca satu iklan yang mengajak kita memulau barangan amerika / yahudi, tetapi semakin dipulau semakin ramai pula pembelinya. Nampaknya kempen itu hanya bertahan seketika saja.
Sesekali makan memanglah, enak. Orang macam ayu ni memang le tak mampu untuk makan di kedai itu waima untuk membeli dan bawa balik, maklumlah orang yang kerja
kampung dasn mengambil upah sangat berpuas hati sekiranya dapat makan
dengan sekadarnya hanya untuk menyambung nyawa, bukan untuk enak seperti yang ayu rasakan siang tadi. Walaubagaimana pun ayu sangat bersyukur kerana
dapat juga menikmatinya. Terima kasih kepada saudara ayu
yang sudi belanja ayu ke sana.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan